announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bayi 16 bulan antara empat maut dalam nahas Sungai Siput

Polis sahkan empat sekeluarga termasuk bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Ipoh - Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput, Perak, malam tadi. Dalam kejadian pukul 10.20 malam itu, Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bersama isterinya, Nik Iedayu Nik Hassan, anak bongsunya, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan serta kakak iparnya, Nik Ifeka, disahkan maut di tempat kejadian.