Tutup

Bekalan air terjejas di Kampung Air Ganda

Kehidupan seharian lebih 1,500 penduduk kampung Air Ganda Temengor di Hulu Perak terjejas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Air Ganda pada 9 April lalu. Loji air itu ditutup atas arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), selepas laporan air Sungai Rui mengandungi racun arsenik.