Tutup

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM nafi terlibat pindaan laporan 1MDB

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan beliau tidak terlibat dalam pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB ketika memegang jawatan itu pada 2016. Jelasnya, pada ketika itu beliau telah cuba untuk mendapatkan laporan asal dari Ketua Audit Negara dan ada usaha memberitahu mengenai beberapa perkara yang terdapat dalam laporan itu.