Tutup

Bekas PM tidak dimaklumkan secara khusus pelaburan pinjaman SRC

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau tidak dimaklumkan secara spesifik berkenaan pelaburan yang dibuat daripada pinjaman RM2 bilion SRC International Sdn Bhd (SRC) daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa panel pelaburan KWAP bersetuju untuk memberikan pengeluaran pinjaman kedua berkenaan secara sekali gus. Butiran lanjut bersama rakan setugas Wan Syamsul Amly di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.