Tutup

Belum ada keputusan untuk institusikan Muafakat Nasional: Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, keputusan sama ada untuk menginstitusikan Muafakat Nasional bergantung kepada laporan kajian peringkat jawatankuasa teknikal UMNO dan Pas. Ketika ini kedua-dua parti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan berkenaan.