Beri pandangan, jangan hingga masuk campur - Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap supaya Istana Johor tidak bertindak sehingga dilihat mencampuri urus tadbir kerajaan. Beliau yang menghormati pandangan yang dikeluarkan Istana Johor, berkata kerajaan sebaik mungkin akan pastikan segala keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat.