Tutup

Beruang madu haram dijadikan binatang peliharaan

Tindakan segelintir pihak menjadikan beruang madu atau beruang matahari sebagai haiwan peliharaan, salah di sisi undang-undang kerana ia sebahagian haiwan yang dilindungi. Pengasas Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo (BSBCC) Dr Wong Siew Te berkata, haiwan tersebut kini berdepan ancaman yang teruk akibat pemburuan haram dan kemusnahan habitat spesies ini. Ketika ini, hanya 43 ekor beruang matahari di bawah jagaan BSBCC. Persoalannya, kenapa ada yang terfikir untuk menjadikan beruang matahari contohnya sebagai haiwan kesayangan..?