Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bicara kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan 29 Jun

Perbicaraan kes bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang didakwa menerima rasuah berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan disambung pada 29 Jun ini. Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tiga hari untuk menyambung perbicaraan itu pada 29 dan 30 Jun serta 1 Julai.