Tutup

Bomba ambil langkah lepaskan gas ammonia ke udara

Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengambil tindakan melepaskan gas ammonia yang terperangkap dalam saluran paip secara berperingkat di sebuah kilang memproses ayam di Merlimau, malam tadi. Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew berkata kerja-kerja pelepasan itu dilakukan bermula kira-kira pada pukul 10.00 malam dan dijangka mengambil masa selama 10 jam.