Tutup

Bomba Terengganu bersedia hadapi gelombang banjir seterusnya

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersiap sedia menghadapi gelombang banjir seterusnya yang diramalkan mungkin berlaku hujung bulan ini. Lebih 600 kekuatan bersama aset bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu memindahkan mangsa banjir. Selain itu pemantauan berterusan terus dilaksanakan di kawasan berisiko dilanda bencana alam itu. Kita ikuti laporan lanjut bersama wakil Astro AWANI Terengganu Nur Fazlizai Ali.