Tutup

Bomba Terengganu siap siaga berdepan gelombang kedua banjir

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu bersiap siaga menghadapi gelombang kedua banjir di daerah Kemaman berikutan amaran hujan lebat dan ombak besar yang akan melanda daerah itu. Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Dua, Azman Alias berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat yang bermula dari Ahad sehingga Rabu ini dijangka akan menyebabkan beberapa kawasan berisiko dinaiki air dengan cepat.