Tutup

Bot karam, anggota PGA hilang

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan hilang, manakala 36 individu termasuk 28 pelajar dilaporkan selamat dalam insiden bot karam di perairan berhadapan bandar Sandakan, pagi tadi. Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pegawai Memerintah Kapal Maritim Kota Belud, Leftenan Komander Mohd Hafidz Mohd Tajuddin berkata, bot penumpang berkenaan berlanggar dengan sebuah bot tunda.