Bot karam: Tiada mangsa baharu ditemui

Hari ini masuk hari keempat misi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan merabung Lahad Datu pada Khamis lepas. Setakat jam enam petang Ahad, jumlah mangsa yang ditemui masih kekal tiga orang iaitu seorang lelaki yang ditemui masih hidup sebelum mayat wanita terapung ditemui pada Jumaat dan seorang lagi mayat lelaki ditemui terapung di perairan Pulau Mataking Semporna pada Sabtu.