Tutup

Buang bayi: Polis minta orang ramai tampil bagi maklumat

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes buang bayi di perhentian bas depan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk tampil memberi maklumat. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya masih menunggu laporan sekiranya terdapat wanita baru bersalin mendapatkan rawatan.