Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Buang UMNO dahulu, baru jumpa saya - Tun M

Ini pula reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad, yang melihat tiada keperluan untuk bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin, melainkan Perdana Menteri itu sanggup membuang UMNO terlebih dahulu daripada gabungan baharu kerajaan. Bekas Perdana Menteri itu mengakui menerima surat daripada Muhyiddin Yassin yang menjemput beliau untuk berjumpa tetapi pendiriannya tetap sama iaitu menolak UMNO menyertai gabungan kerajaan.