Bukan lambat ambil tindakan, cuma tidak kenalpasti punca

Kementerian Tenaga Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, MESTECC masih menjalankan kerja-kerja pemantauan bagi mengenalpasti punca spesifik pencemaran di Pasir Gudang. Menurut Menterinya, Yeo Bee Yin lebih dari seratus pegawai kerajaan daripada pelbagai jabatan terlibat dan siasatan masih giat dilakukan menerusi aktiviti pemeriksaan bacaan udara.