Buruh maut terjatuh lubang lif di Manjung, Perak

Seorang buruh warga Bangladesh maut selepas terjatuh dalam lubang lif dari tingkat tiga di tapak pembinaan bangunan yang hampir siap di Seri Manjung, Manjung, Perak, petang Isnin. Mangsa berusia 32 tahun dipercayai sedang melakukan kerja di tingkat atas bangunan terbabit sebelum terjatuh dan pasukan bomba dihubungi bagi operasi menyelamat.