Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Cabaran Kerja 100 hari Kabinet Baru

Kabinet kali ini mungkin tidak mengikut konvensyen biasa tapi pembahagian itu masih mengambil kira kepentingan dan keberadaan setiap komponen yang membentuk perikatan nasional. Menurut Prof Dr. Hamidin Hamid, pelantikan timbalan perdana menteri pada awalnya bertujuan untuk menggantikan mana-mana ketiadaan menteri. Kepimpinan akan berterusan namun jika perdana menteri meletakkan jawatan, kemelut politik dikhuatiri akan bermula kerana pentadbiran akan hilang arah tentang siapa yang akan menggantikan Perdana Menteri.