Cabul dua beradik lelaki, tukang kebun dihukum penjara, sebat

Seorang tukang kebun dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik lelaki. Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh Mohd Sabarudin Zulkifli, 35 tahun mengaku bersalah atas tiga pertuduhan.