announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Cabul sukarelawan polis, Timbalan Ketua Balai Muar sah ditahan

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan, Timbalan Ketua Polis balai di daerah Muar ditahan pada Ahad, kerana didakwa mencabul dua anggota sukarelawan polis wanita. Suspek seorang pegawai polis berpangkat Sarjan berusia 55 tahun itu akan direman bagi siasatan lanjut.