Tutup

Cegah penularan Koronavirus: KTMB patuhi garis panduan KKM

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekang penularan Novel Koronavirus sejurus ia mula dikesan di rantau ini. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal berkata pematuhan itu melibatkan semua kakitangan yang bertugas di kedua-dua pintu masuk utama perkhidmatan kereta api di Johor Bahru, Johor dan Padang Besar, Perlis.