Cerita Sihat Nisa (S3 EP5): Dari Kebun Ke Meja Makan

Amalan pemakanan sihat harus dididik sejak kecil. Bukan setakat peranan ibu bapa di rumah, malah juga di sekolah. Mengambil inisiatif itu, Joy Schools diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelajar mengenal erti pemakanan sihat. Dari kebun ke meja makan, semuanya dalam Cerita Sihat Nisa, untuk hidup yang lebih berkualiti.