Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Jepun catat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 366

Ibu negara Jepun, merekodkan 366 kes baharu COVID-19 pada Khamis, iaitu kes harian pertama melebihi 300. Peningkatan itu dicatatkan ketika negara itu melancarkan kempen promosi sektor pelancongan di sebalik wujud kebimbangan kewujudan gelombang baharu COVID-19. Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Tokyo kini merekodkan 10,420 kes positif, termasuk 327 kematian.