Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Malaysia masih guna ubat Hydroxychloroquine

Malaysia masih kekal menggunakan ubat anti-malaria hydroxychloroquine bagi merawat pesakit COVID-19. Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghentikan sementara ujian klinikal terhadap ubat tersebut. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penggunaannya termasuk kesan sampingan kepada pesakit.