Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: RM200 juta bantu 33,000 usahawan mikro

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui tekun nasional menyalurkan RM200 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Tambahan (Rakyat Prihatan PKS) kepada usahawan mikro yang terjejas perniagaan mereka akibat penularan COVID-19. Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan pada Khamis, memaklumkan Tekun Nasional mewujudkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) bagi menyalurkan peruntukan ini.