Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Cubaan langgar polis, dua das tembakan dilepaskan

Seorang anggota polis trafik bertindak melepaskan dua das tembakan selepas sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki enggan memberhentikan kenderaan dan bertindak mahu melanggar anggota terbabit. Kejadian itu berlaku di Jalan Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur pada Isnin lepas ketika anggota trafik itu sedang bertugas di lampu isyarat Jalan Genting Klang susur Jalan Air Panas sebelum melihat sebuah kereta jenis Nissan Teana berwarna hitam melanggar lampu isyarat.