Cukai gula ubah cita rasa pengguna

Pelaksanaan cukai gula ke atas minuman bergula bermula Isnin ini, mampu mengurangkan masalah obesiti dan penyakit kencing manis di kalangan rakyat Malaysia. Cukai yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara, terbukti berjaya mengurangkan masalah kesihatan itu yang semakin serius di negara ini.