Tutup

Dadah dibungkus menyerupai nasi lemak, 7 pengedar ditahan

Disangka nasi lemak, rupa-rupanya dadah!. Taktik licik sindiket pengedaran dadah membungkusnya seperti nasi lemak bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa. Namun taktik itu tidak bertahan lama, apabila tujuh anggota sindiket termasuk seorang dipercayai tokan ditahan polis dalam operasi di sekitar Perlis sejak dua hari lalu.