Dakwaan guling PM satu muslihat publisiti - Gani Patail

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti. Katanya dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.