Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dakwaan Lokman terhadap Azmin tidak benar - SPRM

Tiada transaksi meragukan atau kewujudan akaun luar negara yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, ini hasil siasatan SPRM susulan laporan yang dibuat anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kepada agensi itu, baru-baru ini.