Dakwaan mangsa lemas dibuli hanya spekulasi

Dakwaan wujud kecederaan pada badan akibat dibuli pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM yang mati lemas di air terjun Chamang bulan lalu hanya spekulasi. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UPNM, Profesor Datuk Mohamed Fadzil Che Din menjelaskan, pihaknya ketika ini tidak akan melakukan siasatan kecuali jika ada laporan rasmi dari pihak berkuasa termasuk polis.