Tutup

Dakwaan Zuraidah hina pemimpin tertinggi PKR disiasat

Aduan terhadap Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti untuk tindakan lanjut. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, Jawatankuasa Disiplin PKR yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Kasim sudah menerima aduan tersebut dan kini sedang meneliti kes berkenaan.