Tutup

Datuk Seri guna potret Sultan Pahang buat syiling emas ditahan

Polis menahan seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai terlibat dalam penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Jata Sultan Pahang tanpa kebenaran. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, suspek berumur 31 tahun dan berasal dari Petaling Jaya itu ditahan di sebuah restoran di Sri Gombak, Selangor, pukul 7.15 Selasa malam.