Dong Zong rasis - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai satu pertubuhan yang rasis. Sifat rasis tersebut jelas terbukti, katanya, apabila persatuan terbabit tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk idea penubuhan sekolah wawasan sebelum ini.