Tutup

Dr Mahathir tidak peduli jika India anggap beliau salah

Terpulang kepada kerajaan India untuk mengatakan pandangan beliau salah, namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bertegas bahawa undang-undang baharu negara mengenai kerakyatan negara itu adalah tidak adil. Beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan susulan reaksi New Delhi bahawa Malaysia tidak harus mencampuri urusan dalaman negara lain.