Dr Maszlee Malik sahkan letak jawatan Presiden UIAM

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sepatutnya berakhir pada 2021. Menurut beliau, surat perletakan jawatan telah pun ditandatanganinya dan kini menunggu pengumuman rasmi UIAM untuk pelepasan jawatan yang disandangnya bermula September 2018.