Dr Sahruddin Jamal mula tugas MB secara rasmi

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal memulakan tugas rasminya di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Datuk Jaafar Mohammad, Iskandar Puteri, Johor. Beliau tiba jam 9 pagi disambut barisan exco Kerajaan Negeri dan penjawat awam.