Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dua beranak sesat dalam hutan ketika cari durian

Seorang ibu dan anak perempuannya berusia lapan tahun ditemui selamat selepas tersesat selama tiga jam dalam hutan di Bukit Tangga, dekat Bukit Kayu Hitam pada Khamis. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 petang.