Dua budak lari dari rumah, ikut adegan drama

Akibat terpengaruh dengan drama televisyen, dua beradik bertindak mengikut adegan melarikan diri dari rumah dalam satu kejadian di Kampung Teck Guan, dekat Lahad Datu, pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Mohd Haikal dan Mohd Afiq, masing-masing 7 dan 9 tahun, turut membawa beg berisi pakaian mereka.