announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dua bulan di ICU, mangsa rempuhan pemandu mabuk meninggal dunia

Setelah hampir dua bulan bertarung nyawa, Zuriana Hassan, mangsa rempuhan pemandu mabuk di Prai, Pulau Pinang pada 9 Februari lalu akhirnya meninggal dunia awal pagi Ahad. Zuriana, 36, menghembuskan nafas terakhir jam 1 pagi selepas koma hampir dua bulan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seberang Jaya (HSJ).