Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dua fokus diberi fokus untuk RMK-11

Kerajaan akan memfokuskan dua aspek dalam rangka menyemak semula Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang akan dibentangkan di Kabinet pada 18 Oktober ini. Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kedua-dua aspek itu adalah laporan kemajuan dalam tempoh dua tahun pertama negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan hala tuju dan dasar ekonomi negara berdasarkan manifesto kerajaan.