Tutup

Dua pemandu cedera insiden pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara

Dua lelaki cedera dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Tol Bukit Kiara yang tular menerusi laman sosial. Kejadian berlaku apabila seorang pemandu van jenis Hiace dari arah Wangsa Maju menuju ke Damansara, apabila kenderaannya dipotong seorang lagi pemandu lelaki yang memandu kenderaan jenis Mazda CX5 sebelum bertindak menekan brek berulang kali.