Tutup

Dua pertuduhan ADUN Seremban Jaya batal

Mahkamah Sesyen Seremban membenarkan permohonan pasukan pendakwaan membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran. Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah.