Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dua serpihan di Mozambique berkemungkinan milik MH370

Dua serpihan yang ditemui di Mozambique berkemungkinan besar milik pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan komponen pesawat Boeing 777. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ia disahkan pasukan Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) selepas pemeriksaan mengenai serpihan itu selesai pada Rabu.