Dua unit kondominium stor dadah diserbu

Polis menyerbu dua unit kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah di di Kuchai Maju ibu negara Sabtu lalu. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, sindiket tersebut dihidu pihak berkuasa selepas penahanan seorang lelaki berusia 39 tahun di lobi kondominium berkenaan.