Dua wanita dijatuhi hukuman gantung, edar dadah

Dua wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas kesalahan mengedar dadah jenis heroin dan morfin seberat 294.9 gram. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan terhadap Zawani Zulkifli 33 tahun dan Nur Zahirah Yusoff 32 tahun.