Dulu sibuk dengan kelapa sawit, kini durian selat

Kejatuhan harga kelapa sawit mendorong seorang peneroka di Felda Aring 1, Gua Musang, Kelantan mengusahakan kebun durian selat atau durian belanda untuk menambah pendapatan. Sejak tiga tahun lalu, Nik Azmi Raja Ismail, telah menanam 1,665 pokok durian selat di atas tanah seluas 2.4 hektar.