Dunia boleh belajar daripada Malaysia

Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Profesor Tan Sri Zakri Abdul Hamid menerima Anugerah Global Competitiveness Award di Global Innovation Summit (GIS) 2017. Beliau melihat jauh ke hadapan dan yakin, banyak yang dunia boleh belajar daripada Malaysia terutama dalam melahirkan kepakaran tempatan.