Ekosistem industri fesyen, jana banyak peluang pekerjaan

Usahawan-usahawan baru dalam bidang fesyen perlu strategi yang tepat dalam menjana pendapatan sekali gus mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Datuk Zulfikri Osman, ekosistem yang terwujud mencipta banyak peluang pekerjaan sekaligus memberi peluang mewujudkan industri lain.