Eksploitasi kanak-kanak: Kerajaan pertimbang pinda akta kuno

Kerajaan akan teliti semula beberapa peruntukan undang-undang dan akta sedia ada dalam memastikan isu eksploitasi kanak-kanak dapat ditangani secara holistik. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh akui pihaknya menghadapi kekangan dalam melakukan pendakwaan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti eksploitasi tersebut.